Hari ini kita tak main Tip Satu Minit…. Tip 35 Minit terus! :)  

Bagi anda yang terlepas saya di udara (bukan terbang) di Radio24 tempoh hari, boleh ikuti temubual saya bersama penyampai Mazlan Sabli! Temubual yang berlangsung selama 35 minit kini boleh anda ikuti secara streaming, atau bagi yang mempunyai connection yang teramat slow, boleh download dan dengar di waktu anda lapang.


Klik di sini untuk mendengar secara streaming atau download!

Menarik di dalam temubual:

  • Bagaimana saya bermula dengan perniagaan Internet- 8 tahun lalu!
  • Bagaimana pertama sekali saya mengenali Azizi Ali
  • Perbezaan perniagaan Internet dan pelaburan Internet (yang diharamkan)
  • Produk atau perkhidmatan apakah yang harus anda jual di Internet
  • Bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet
  • … dan banyak lagi tip-tip menarik yang belum pernah didedahkan!

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Radio24 atas jemputan temubual tersebut serta penyampai Mazlan Sabli yang banyak mengupas soalan-soalan perniagaan Internet yang mungkin ramai ingin tahu.

Maklumat tambahan: Radio24 adalah saluran radio baru oleh BERNAMA yang fokus kepada berita dan isu-isu semasa. Tiada banyak lagu diputarkan :) A very good channel bagi mereka yang inginkan banyak info! Buat masa ini Radio24 hanya boleh didapati di Lembah Klang sahaja di 93.9FM. Boleh juga ikuti secara streaming di seluruh dunia di www.radio24.com.my. Saya diberitahu insyaallah secara berperingkat dalam masa 6 bulan ini, Radio24 akan boleh didengari seluruh Malaysia!


Klik di sini untuk mendengar secara streaming atau download!

Enjoy! :)

Bagi anda yang mempunyai blog/laman web/perniagaan Internet dan ingin memberi temubual ini secara PERCUMA kepada pelawat atau pelangan anda, dipersilakan. Kecil tapak tangan, dataran merdeka saya tadahkan :) Cuma, klip selama 35 minit ini tidak boleh diubahsuaikan. Kalau download, sizenya 5.6mb sahaja.

Anda juga boleh link ke laman ini di http://www.irfankhairi.com/blog/highlight/irfan-di-radio/ untuk membolehkan pelawat laman web anda dengar secara streaming :) (sebaiknya link ke URL ini oleh kerana takut2 file audio temubual tersebut dipindahkan ke server lain)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi di radio
  • Jadualkan hari anda
  • Matlamat “Jutawan!”
  • “JUTAWAN!” siri #1 berjaya :)