70 Comments

MotheritaNo Gravatar Said,
March 17th, 2008 @8:24 pm  

Good info. I will forward to my cousin

MoneyNo Gravatar Said,
March 17th, 2008 @8:26 pm  

If I want to apply, here will my first choice will be UM,

2nd - UTM

3rd - UPM

Others, I will not even consider..

farhanaNo Gravatar Said,
May 9th, 2008 @1:01 pm  

i need to know how to apply fo futher study if i have diploma..

nilamNo Gravatar Said,
May 13th, 2008 @8:35 am  

farhana,

Anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institut pengajian tinggi yang menerima diploma anda sebagai kelayakan masuk.

kNo Gravatar Said,
May 20th, 2008 @5:11 pm  

Saya adalah lepasan spm 2007. Masalahnya saekarang, saya tidak memohon langsung mana-mana institut pengajian kerana tidak didedahkan dengan hal-hal begini. Oleh itu, adakah saya masih boleh membuat permohonan atau rayuan untuk kemasukan diploma di mana-mana ipta untuk sesi 2008/2009 tahun ini? Atau adakah saya masih boleh membuat permohonan rayuan terus ke mana-mana ipta?

nilamNo Gravatar Said,
May 21st, 2008 @11:17 am  

k,

Setahu saya permohonan masuk ke ipta telah pun ditutup cuma permohonan ke ipts dan kolej usahasama seperti Pengajian Kolej Usahama UiTM yang masih dibuka.

Anda juga boleh menunggu dan memohon untuk kemasukan Januari 2009. Walau pun begitu anda dinasihat merujuk kepada ipta yang berkenaan bagi memastikan kursus yang ditawarkan untuk pengambilan Januari 2009.

iloNo Gravatar Said,
May 23rd, 2008 @11:31 am  

salam. nk tau,bile la result rayuan upu kuar?

nilamNo Gravatar Said,
May 24th, 2008 @8:57 am  

ilo,

Salam… Keputusan rayuan UPU dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Julai nanti. Secara amnya jika anda tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana IPTA 4 minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA berkenaan, maka rayuan anda dianggap gagal.

farahNo Gravatar Said,
May 28th, 2008 @9:39 pm  

bila tarikh sesi pengambilan untuk permohonan ijazah 2009/2010 untuk saya dapatkan no unit id?

nilamNo Gravatar Said,
May 29th, 2008 @12:27 pm  

farah,
Maklumat ini akan disiarkan di laman web Kementerian Pengajian Tinggi. Anda boleh cuba menghubungi mereka di telefon 03 - 8883 5000.

nadiaNo Gravatar Said,
May 30th, 2008 @11:27 am  

saya ingin mengikuti PJJ.. masalahnya saya tidak tahu bagaimana hendak memohon

no_dealNo Gravatar Said,
May 30th, 2008 @1:34 pm  

sy dengar rayuan upu maybe dalam pertengahan bulan jun nie. harap2 mcm tulah. can’t wait.

nilamNo Gravatar Said,
May 30th, 2008 @11:13 pm  

nadia,

Anda perlu semak dengan universiti yang anda ingin masuk untuk mengetahui tentang tarikh pengambilan PJJ.

Sebagai contoh Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Hari Terbuka & Sesi Taklimat Program Eksekutif & Pengajian Berterusan Jarak Jauh pada 7 Jun 2008 ini di UKM Jalan Temerloh, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut rujuk Pusat Perkembangan Pendidikan UKM.

no_deal,
Sentiasalah semak laman web Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengetahuinya.

no_dealNo Gravatar Said,
June 9th, 2008 @3:36 pm  

keputusan rayuan upu dah kuar!

http://www.mohe.gov.my

nilamNo Gravatar Said,
June 11th, 2008 @10:25 am  

no_deal,

Terima kasih

sitiNo Gravatar Said,
June 13th, 2008 @6:24 pm  

saya telah menduduki stpm last year and got 3a 1b.rite now, saya sedang menunggu keputusan sama ada diterima masuk ke ukm for first degree.is there any scholarships for stpm leaver like me?
jika diterima ke ukm, ada tak scholarship yang disediakan oleh ukm kepada siswa first degree?i really need your detail information as i am the first child and have no experience about this

nilamNo Gravatar Said,
June 14th, 2008 @2:29 am  

Siti,
Ya memang ada biasiswa untuk mereka yang mengambil ijazah pertama bagi kursus-kursus yang tertentu. Kelayakan minimum bagi lepasan STPM adalah sekurang-kurangnya Prinsipal B dalam 4 mata pelajaran.
Anda juga boleh merujuk kepada Pejabat Hubungan Industri UKM untuk mendapatkan maklumat berkenaan tawaran pembiayaan pembelajaran.

ingNo Gravatar Said,
June 18th, 2008 @8:52 pm  

saya seorang yang pelupa saya ingin ketahui apa kod program yang telah saya mohon..ada tak cara untuk mengetahuinya?

nilamNo Gravatar Said,
June 18th, 2008 @9:37 pm  

ing,
Cuba pergi ke laman web Senarai Kod Program atau sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88835801/5802 atau talian Helpline 03-88835848 atau talian Hotline 08-88835858.

airinNo Gravatar Said,
June 23rd, 2008 @5:42 pm  

sy dpt tau rayuan upu kuar mggu ke3 bln julai…klu x dpt twrn slps 4mggu dr tarikh pndftrn ke ipta,itu b’makna sy gagal,rite?mcm mane nak tau samada sy dpt twrn ke dak?semak melalui internet or tggu surat twrn?
andai kata sy further study ke ipts,bule ke sy dpt twrn second intake 4 ipta?

imenNo Gravatar Said,
June 24th, 2008 @12:33 pm  

ape yang menyebabkan name seseorang itu di black list dari diterima masuk ke ipta?

terima kasih,

nilamNo Gravatar Said,
June 24th, 2008 @2:43 pm  

airin,
Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi memang benar jika anda tidak menerima sebarang tawaran selepas 4 minggu dari tarikh pendaftaran IPTA anda gagal ke IPTA.

Tarikh pendaftaran ke IPTA dijadualkan 29 Jun 2008.

Keputusan rayuan boleh disemak di internet tetapi selepas pendaftaran masuk pihak IPTA dijangka akan terus menghantar surat tawaran kepada yang berjaya.

Anda masih ada peluang untuk mendapat tawaran ke IPTA walaupun sedang mengikuti pengajian di IPTS.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Kementerian Pengajian Tinggi di talian telefon: 03-88835858 dan 03-88835848.

nabilaNo Gravatar Said,
June 24th, 2008 @3:48 pm  

cane nk wat tau sal 2nd intake keuitm utk degree??

airinNo Gravatar Said,
June 24th, 2008 @4:00 pm  

salam..result stpm sy pengajian am(b-) bm(b+) ekonomi(c+) sejarah(d)..CGPA sy adalah 2.33 manakala muet sy band 2..boleh ke klu sy juz repeat muet, sejarah n ekonomi je utk apply ke ipta sesi 2010?wajib ke sy amek pengajian am n bm lg skali?bule ke sy guna result pengajian am n bm yg lama(2007) n guna result ekonomi n sejarah yg bru(2009) utk permohonan ipta sesi 2010?

nilamNo Gravatar Said,
June 25th, 2008 @11:38 am  

imen,
Setahu saya tidak ada sebab seseorang itu akan disenarai hitam untuk diterima masuk ke IPTA jika semua syarat dan panduan dipatuhi.

nabila,
Permohonan rayuan untuk Lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi KPM, PASUM, Asasi Undang-Undang dan STAM yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran ke IPTA sedang dibuka sekarang dan akan ditutup pada 28 Jun 2008.

Keputusannya dijangka akan diketahui sebelum 31 Julai 2008. Jika anda tidak menerima sebarang tawaran selepas tarikh tersebut anda tidak berjaya ke IPTA.

airin,
Setahu saya kelayakan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan keputusan peperiksaan yang terbaru. Ini bermakna anda perlu mengambil kesemua matapelajaran dalam peperiksaan pada tahun yang sama.

Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di 03 8883 5801/5802.

nazirNo Gravatar Said,
June 27th, 2008 @1:31 pm  

saya nak tahu ble keputusan e rayuan upu untuk lepasan stpm???????

nilamNo Gravatar Said,
June 27th, 2008 @6:48 pm  

nazir,
Keputusannya dijangka akan diketahui sebelum 31 Julai 2008. Perlu selalu semak laman web MOHE untuk mengetahui tarikh yang tepat.

pening_89No Gravatar Said,
June 30th, 2008 @9:42 pm  

nak tanya ckit,sy plajar lepasan matrikulasi..
masa rayuan sy amik uitm..
kalo sampai 31 julai x dpt twrn,boleh x sy guna result matrik sy tu utk pengambilan bulan disember di uitm?
kalau sy mohon utk pengambilan bulan disember,adakah sy perlu mohon dip bukan ijazah?

nilamNo Gravatar Said,
July 1st, 2008 @8:19 am  

pening_89,
Kemasukan ke UiTM @ mana-mana IPTA adalah berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk jurusan berkenaan. Ini bermakna anda perlu melihat syarat kelayakan bila iklannya dikeluarkan nanti.

Bagi pengambilan bulan Disember permohonan boleh dibuat melalui aplikasi elektronik UiTM. Ianya diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pengambilan Pelajar, UiTM. Iklannya akan disiarkan pada bulan Julai/ Ogos melalui laman http://www.uitmonline.edu.my

pening_89No Gravatar Said,
July 1st, 2008 @9:51 am  

erm,sekiranya sy xdpt twrn rayuan nnti,bolehkah sy smbung blajar dengan mengambil ijazah?

nilamNo Gravatar Said,
July 1st, 2008 @11:14 am  

pening_89,
Sepatutnya boleh, apa-apa pun semak dengan syarat kelayakan bila iklannya keluar nanti.

miraNo Gravatar Said,
July 11th, 2008 @9:33 pm  

saya nak tanya..bila permohonan ipta sesi jan 2009/2010?????..saya da online..tapi x de pun borang..padahal da beli no unik..tarikh tutup dari julai sampai oktober..tapi bile online x de borang..hanya semakan untuk 2008/2009…

bardNo Gravatar Said,
July 12th, 2008 @6:18 pm  

bila no unik pengambilan 2009/2010 untuk program ijazah akan mula dijual kat BSN?

nilamNo Gravatar Said,
July 14th, 2008 @11:53 am  

Mira,
Permohonan untuk memasuki IPTA sesi Januari 2009/2010 diuruskan oleh pihak universiti sendiri dan tidak melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu anda perlu merujuk kepada laman web universiti yang anda ingin pohon.

bard,
Biasanya sudah mula dijual sekarang.

Nur FarihinNo Gravatar Said,
July 14th, 2008 @2:48 pm  

Salam~

Bolehkah saya mengetahui senarai IPTA/IPTS yang mengambil pelajar bagi sesi kemasukan Disember 2008 untuk permohonan Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM dan setaraf?

Setakat ini, saya hanya tahu UiTM dan UniKL sahaja yang menawarkan pengajian pada kemasukan Disember. Adakah IPTA/IPTS yang lain yang turut menawarkan?

lemonNo Gravatar Said,
July 15th, 2008 @10:43 am  

bilakah tarikh permohonan untuk Lepasan SPM 2008 Sesi 2009/2010 Bahagian Matrikulasi KPM??

nilamNo Gravatar Said,
July 15th, 2008 @10:49 pm  

Nur Farihin,
Maaf, saya sendiri tak pasti. Walaupun begitu mungkin anda boleh menyemak laman web IPTA dan IPTS yang berkenaan untuk maklumat lanjut.

Lemon,
Permohonan kemasukan ke Matrikulasi KPM sesi 2009/2010 telah pun dibuka mulai 1 Julai 2008.

zafNo Gravatar Said,
July 16th, 2008 @10:45 am  

bilakah tarikh permohonan secara online untuk kemasukan ke IPTA bagi sesi januari 2009???

nilamNo Gravatar Said,
July 16th, 2008 @12:08 pm  

zaf,
Permohonan untuk memasuki IPTA sesi Januari 2009/2010 diuruskan oleh pihak universiti sendiri dan tidak melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu anda perlu merujuk kepada laman web universiti yang anda ingin pohon untuk mengetahui tarikh permohonan dibuka dan ditutup.

July 16th, 2008 @10:34 pm  

tolong la saya wat permohonan kemasukan ke ipta tahun 2008 tak pun awal bulan 1 2009……tak tau cmne

nilamNo Gravatar Said,
July 17th, 2008 @4:36 pm  

hairul azrie,
Anda perlu berhubung terus dengan IPTA yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan kemasukan bagi pengambilan sesi Januari 2009 kerana ianya akan diuruskan oleh IPTA sendiri.
Tambahan pula tidak semua IPTA ada pengambilan sesi Januari 2009. Tarikh permohonan dibuka dan ditutup juga berbeza di antara IPTA.

NIZAMNo Gravatar Said,
August 2nd, 2008 @2:16 am  

BOLEH TAK BAGI SENARAI UNIVERSITI YANG MENAWARKAN PENGAMBILAN PELAJAR UNTUK BULAN DISEMBER NI?

nilamNo Gravatar Said,
August 2nd, 2008 @11:19 am  

Nizam,
InsyaAllah akan diusahakan.

ReoNo Gravatar Said,
August 5th, 2008 @1:52 pm  

Sy dan yang lain amat brharap kpd nilam agar menyenaraikan ipta yg mmbuat pgambilan sesi disember/januari.Kl blh secepat mungkin,krn ramai yg xlepas sesi julai,kami bhrap sngat..

murnyNo Gravatar Said,
August 5th, 2008 @6:24 pm  

bila permohonan untuk kemasukan ke ipta bagi sesi disember 2008 boleh dibuat? adakah iklan berkenaan permohonan tersebut akan dipaparkan di akhbar harian?

murnyNo Gravatar Said,
August 5th, 2008 @6:33 pm  

knp yer org yg dpt cgpa lbih rndh dpt twrn ke ipta? sdgkn org yg cgpa 3 ke ats lgsg xdpt.adkh krn ada kaitan dgn bidang yg dipilih? atau ada faktor2 lain? plz explain………..

nilamNo Gravatar Said,
August 6th, 2008 @8:38 am  

Reo,
InsyaAllah akan diusahakan.

murny,
Permohonan ke IPTA sesi Disember 2008 berbeza-beza mengikut universiti. Iklan mengenainya akan disiarkan di akhbar-akhbar harian dan laman web universiti berkenaan.

Kejayaan kemasukan ke IPTA memang berkait rapat dengan bidang yang dipilih dan juga merit. Untuk makluman lanjut tentang merit ini sila rujuk Pengambilan Lepasan SPM.

haikalNo Gravatar Said,
August 9th, 2008 @10:28 am  

sy pljr ipts kemasukan julai 2008…
boleh ke sy mohon uitm kemasukan disember 2008??

gracieNo Gravatar Said,
August 10th, 2008 @1:40 pm  

bila permohonan ke ipta sesi 2009/2010 dibuka?

nilamNo Gravatar Said,
August 12th, 2008 @12:33 am  

haikal,
Tentu boleh jika memenuhi syarat kelayakan masuk.

gracie,
Untuk pengambilan sesi Disember 2008 ianya bergantung kepada IPTA yang berkenaan kerana ianya dikendalikan sendiri oleh IPTA tersebut. Tarikh2nya akan saya hebahkan bila mendapat maklumat berkenaannya.

chaNo Gravatar Said,
August 21st, 2008 @1:33 pm  

saya lepasan sijil dari politeknik,bolehkah jika saya terus memohon ijazah sarjana muda

nilamNo Gravatar Said,
August 25th, 2008 @9:42 am  

cha,
Saya tidak pasti tetapi mungkin anda boleh menyemak laman web IPTA berkenaan kelayakan kemasukan ke kursus ijazah yang ada kaitan dengan bidang pengajian sijil anda.

NIZAMNo Gravatar Said,
August 31st, 2008 @3:48 am  

NILAM BILA NYA KUAR PENGAMBILAN DISEMBER??SUDAH MASUK BULAN 9 NI…TAKUT TERLEPAS JE NANTI…

nilamNo Gravatar Said,
September 2nd, 2008 @9:21 am  

Nizam,
Pengambilan Disember 2008 telah pun dibuka, sila rujuk Permohonan Ke IPTA Sesi Disember 2008/Januari 2009.

ctyatiNo Gravatar Said,
October 12th, 2008 @3:58 pm  

juz try..hehe

ctyatiNo Gravatar Said,
October 12th, 2008 @4:27 pm  

salam…
kalau nak taw syarat kemasukan UM lepasan spm..camne?
i mean…dier nak gred cmne?..

nilamNo Gravatar Said,
October 14th, 2008 @10:06 pm  

ctyati,
Salam… syarat untuk memohon memasuki UM bagi lepasan SPM boleh disemak di Prerequisites for Foundation Studies.

aqilahNo Gravatar Said,
October 21st, 2008 @3:04 pm  

salam saya lepasan STPM 2008/2009 saya tidak mendapat tempat di mana2 u,boleh x saya memohon untuk sesi kemasukan 2009/2010?keputusan saya cukup makan aje p.AM (C),BM(C),SEJ(C+),P.PERNIAGAAN(C)
SAya berharap sangat dapat masuk u

achik91No Gravatar Said,
October 25th, 2008 @9:05 pm  

kalau boleh masukkan gambar universiti2 untuk memberi semangat kepada pelajar.sila terangkan sekali cara untuk apply ke luar negara

miraNo Gravatar Said,
October 28th, 2008 @7:05 pm  

borang upu bagi lepasan stpm 2fokus kpada semua universiti ker?lau upsi die termasuk dlm borang upu juga ker???

nilamNo Gravatar Said,
October 29th, 2008 @4:23 pm  

Aqilah,
Memang boleh memohon dan pastikan anda memilih pengajian yang sesuai untuk mencerahkan peluang memasuki universiti.

Achik91,
Terima kasih dengan cadangan itu, akan dipertimbangkan.

Mira,
Ya untuk semua IPTA tetapi tidak termasuk UPSI.

intanNo Gravatar Said,
November 12th, 2008 @10:15 am  

tolong saya bg tau mana2 universiti yang masi membuka tawaran bagi pelajar yang ingin menyambung pendidikan jarak jauh? bagi sesi 2009……..

intanNo Gravatar Said,
November 12th, 2008 @10:18 am  

ada lg tak permohonan yang masi dibuka untuk pengambilan pelajar jarak jauh?

nilamNo Gravatar Said,
November 13th, 2008 @10:41 am  
ahKIJNo Gravatar Said,
November 19th, 2008 @1:39 am  

SY LEPASAN SKM(SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)…SY LAYAK KE UNTUK SAMBUNG STUDY LAGI..?SY TERINGIN NAK SAMBUNG STUDY..BUT X DIDEDAHKAN DENGAN APE2 PON..KLU LAYAK..BOLEH BAGITAHU BAGAIMANA CARANYA..?>COZ SY XAMBIL SPM

ahKIMNo Gravatar Said,
November 19th, 2008 @1:43 am  

SY ADE KELULUSAN JURUTEKNIK KOMPUTER LEVEL 2&3(SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)…SY NAK TAHU…SY MASIH BOLEH SAMBUNG STUDY LAGI KE X OR JUST SAMPAI SINI SHAJA..??SEBAB SY TIDAK MEMILIKI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA..HARAP ABNG BOLEH BANTU SY KERANA SY HENDAK BELAJAR LAGI.

animkechikNo Gravatar Said,
November 19th, 2008 @3:33 pm  

salam..

adk sy ambk bidang lektrik domestik. dh ade sjl tahap 1&2 dr giat mara. br abs sijil (pw4) kt ikm. skrg nk smbg lg. klau leh nk msk intake jan 2009. smpt la ke nk mohon. ade cdngn x smbg kt mane yg elk utk course die nie.. klau leh nk cr tmpt blaja yg ade peluang keje trs lps abs. n yg pastinya, lebih byk praktikal la dr teori.. mntk tlg bg ckit nasihatnye..

thanks..

joyahNo Gravatar Said,
November 23rd, 2008 @5:00 pm  

Saya nak tanye!!!
Bile borang permohonan kuar utk lepasan stpm/setaraf bagi sesi 2009/2010??
Tolong saya, sy perlu th..
Terima kasih..

nilamNo Gravatar Said,
November 24th, 2008 @11:04 am  

ahKIJ dan ahKIM,
Tahniah kerana anda mempunyai minat untuk terus belajar. Saya difahamkan lulusan Sijil Kemahiran Malaysia diterima masuk ke beberapa institut antaranya Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Politeknik untuk melanjutkan pelajaran.

Sila hubungi IKM di Bangunan Medan MARA, No 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur, Telefon 03-2691 5111 dan pihak politeknik di Bahagian Pengambilan Pelajar, Sektor Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 5, Blok E14, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya Telefon 03-8883 6523.

Animkechik,
Permohonan ke IKM sesi Januari 2009 telah pun ditutup baru-baru ini. Walaupun begitu cuba berbincang dengan bahagian Kaunseling MARA berkenaan peluang-peluang melanjutkan pelajaran terutama yang menyediakan lebih latihan praktikal. Di samping itu jika ada sesiapa yang boleh memberi maklumat berkenaan perkara ini amatlah dialu-alukan.

Joyah,
Iklan permohonan bagi lepasan STPM dan setaraf dengannya dijangka akan keluar pada bulan Januari 2009 nanti. Sila kerap kunjungi blog ini atau terus ke laman web MOHE untuk mendapatkan maklumat terkini.

bluRRNo Gravatar Said,
November 26th, 2008 @7:37 pm  

Nak tanya boleh??? Erm kalau i dpat P.am c- dpt ker msk IPTA?? Tapi yang lain dapat b b+ c+….:(. Dan dpt aply lg ker UPU w/pun i dh lpasan STPM 2007??

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved