Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007

Tuesday, March 18th, 2008 | Education with

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.

Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).

Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.

“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.

“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.

Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.

Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.

‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.

Popularity: 34% [?]

Rate this:
0.0 (6 people)

Technorati Tags: , , ,

Related posts


If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

  1. 1
    no imageReena (Check me out!) // March 21st, 2008 at 12:44 pm

    Well done!!!

    Rate this:
    2.6 (1 person)
  2. 2
    no imageRita (Check me out!) // March 21st, 2008 at 12:45 pm

    He is a smart student. He must go and give ceramah to all the schools

    Rate this:
    2.9
  3. 3
    no imageadiwira (Check me out!) // March 24th, 2008 at 2:11 pm

    Khabarnya Azali akan dilantik sebagai Duta Akademik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Antara tugasnya sebagai Duta adalah pergi ke sekolah-sekolah untuk berkongsi rahsia kejayaannya.

    Rate this:
    2.5
  4. 4
    no imagebaity emy (Check me out!) // April 1st, 2008 at 7:07 pm

    Assalamualaikum..aduhai azali..camne lah awak dpt straigth A kn?? emy bakal menduduki spm tahun depan..emy dlm aliran sains agama..sumenye 12 subjek.. tupon masih tersangkut-sangkut lagi..emy teringin sgt nak berjaya macam awak.. tp..ntah ar..emy dah bace arikel kat atas..emy terharu bile azali cakap yang setiap kesusahan ada kesenangan di sebaliknye..coz emy berpegang pade prinsip tue..Insya Allah, emy akan ikut ape yang azali pegang utk mncapai kejayaan..sentiasa sabar dlm menempuhi dugaannya..Amin..

    Rate this:
    2.5
  5. 5
    no imagefarah (Check me out!) // April 5th, 2008 at 2:42 pm

    azali bukan saja pandai tapi juga kacak..dia ada dtg ke sklh kami

    Rate this:
    2.5
  6. 6
    no imagemaryam (Check me out!) // April 11th, 2008 at 4:38 pm

    tahniah azalil…saya harap awak akan terus berjaya di masa akan datang.

    Rate this:
    2.5
  7. 7
    no imagemaryam (Check me out!) // April 11th, 2008 at 4:42 pm

    tahniah azali…kerana telah berjaya membanggakan ibu bapa anda.saya juga berharap agar saya juga dapat mengikut jejak langkah seperti anda.

    Rate this:
    2.5
  8. 8
    no imageANYSS (Check me out!) // April 12th, 2008 at 11:29 am

    ASSALAMUALAIKUM,
    SYABAS AZALI.SAYA HARAP AWAK DAPAT PERTINGKATKAN LAGI PRESTASI AWAK.

    Rate this:
    2.5
  9. 9
    no imageanis (Check me out!) // April 13th, 2008 at 12:03 am

    tahniah azali..

    Rate this:
    2.5
  10. 10
    no imageintan (Check me out!) // April 16th, 2008 at 5:06 pm

    hai…sye nak duk exam tahun nie…ape yang harus sye wt…sye sllu stdy tgh mlm…

    Rate this:
    2.5
  11. 11
    no imagec~hA (Check me out!) // April 17th, 2008 at 1:34 pm

    assalamualaikum……..

    hai…abg Azali….

    sy form 1 just nk tw cra2 abg Azali beljr…

    cita2 sy nk jd mcm abg Azali…

    klu abg Azali x kesh…

    bg ckit kta2 semngt yg bleh wt sy brjy cm abg Azali….

    Rate this:
    2.5
  12. 12
    no imageadiwira (Check me out!) // April 18th, 2008 at 11:41 am

    intan & c~hA,
    Secara amnya waktu awal pagi (sebelum subuh) adalah waktu terbaik untuk mengulangkaji pelajaran. Walaupun begitu setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Jadi cuba cari masa terbaik diri sendiri untuk mengulangkaji.

    Rate this:
    2.5
  13. 13
    no imagebooDArkseNGaL (Check me out!) // April 22nd, 2008 at 9:17 pm

    REgarDS~~
    tO ABanG AZALi…
    cONgraTE, yErp..!
    hOPe OLweZ SuccEss IN liFE..
    i olWEz pRAy YoUr haPPinESS~~
    DAA~~~

    Rate this:
    2.5
  14. 14
    no imageakustatik (Check me out!) // April 23rd, 2008 at 3:51 pm

    thank abg azali coz sudi pengalaman dengan kami.

    Rate this:
    2.5
  15. 15
    no imagedaya (Check me out!) // April 23rd, 2008 at 4:14 pm

    congrateeeeeeeeee!!!!!!!!!!!
    tima kaseh sbb sudi dtg skool sayer brkongsi
    sedikit ilmu……..

    Rate this:
    2.5
  16. 16
    no imageakus (Check me out!) // April 24th, 2008 at 9:21 pm

    wei dayah
    gedik siot ko..
    dahla mmg gedik

    Rate this:
    2.5
  17. 17
    no imageAzrul n kak Wan (Check me out!) // April 28th, 2008 at 1:57 pm

    Azali,u mmg cmerlang.Ini lah modal insan yang amat dibanggakan oleh masyarakat di negara kita.Syabas Azali!!!!!!!!!!!!!!!Tapi,pesan daripada kami anda jangan lah lupa diri………………

    Rate this:
    2.5
  18. 18
    no imageamalina (Check me out!) // June 2nd, 2008 at 8:11 am

    tahniah azali..
    smangt awk sentiasa membara..x penah luntur..
    awk mnjdkn sy b’tmbh semangat utk belajr..
    awk b/jaya buktikn org melayu..mampu buat..dan awk p’caya islm dgn s’penuh hati.. bahawa d/sebalik k’susahn pasti ada kemudahan..
    insyaAllah..
    semoga cita2 awk t’capai..

    Rate this:
    2.5
  19. 19
    no imageNorlina (Check me out!) // June 5th, 2008 at 5:24 pm

    How to contact Azali Azlan. My company nak bagi reward to Azali.

    Rate this:
    2.5
  20. 20
    no imageadiwira (Check me out!) // June 6th, 2008 at 8:26 am

    Norlina,

    Cuba hubungi sekolah lama beliau SMKA Yan di 04-4657366 atau hubungi bapa beliau yang mengajar di SMK Datuk Abdul Kadir 04-5751249.

    Rate this:
    2.5
  21. 21
    no imageNorlina (Check me out!) // June 6th, 2008 at 11:25 am

    Terima Kasih kepada yg beri contact no, saya sudah menghubungi sekolah SMK Datuk Abdul Kadir.

    Rate this:
    2.5
  22. 22
    no imageadiwira (Check me out!) // June 6th, 2008 at 11:35 am

    Norlina,

    Sama2

    Rate this:
    2.5
  23. 23
    no imagehusna (Check me out!) // June 16th, 2008 at 11:09 am

    hmm..tahniah5!!!
    moga2 trus dpt yg terbaek nanti

    Rate this:
    2.5
  24. 24
    no imagehusna (Check me out!) // June 16th, 2008 at 11:11 am

    tp…klu kawen nanti jgn lupa umum
    depan media jugak yer..
    hehe5..

    gurau jer ek..

    Rate this:
    2.5
  25. 25
    no imageifa and zakira (Check me out!) // June 23rd, 2008 at 10:11 am

    tahniah kpd saudara azali yang berjaya dlm spm thn lps.slps mendengar bicara azali azlan smasa di wisma drul iman terengganu bru2 ni,kesedran mulai terbit dlm dri kami.slama ini kami msih dlm dnia yang kelam.byangan kejayaan msih smar.

    untuk pngtahuan saudara,saya,ifa mengambil nabi MUHAMMAD SAW,saidina umar dan khadijah khuwailid sebagai ikon seperti saudara yang mengambil ibnu sina sbgai ikon.pada pndangan saudara,bolehkah sy mgmbil lbih dri sa2 ikon?
    tp sy ada masaalah sket.prblemnyer, sy xde cter2 yg kkal.apa yg sy impkan hnya ingn mmbrikn kjyaan [11 1A] kpd ibubapa sy n ingn mnjdi org yg brguna,dan dlm hdup sy,hyalah ingn mngumpul ilmu n phala spaya sy brjaya di dnia n akhrat(msuk syurga lah)tp prblemnyer sy xtau apkah krjaya yang sy ingkn dmsa hdapan.

    sy,zakira.dlu sy krang ksedarn sket.dh mcm2 crmah n mtivasi sy sertai,tp sumenyer hampeh.tp slps sy mndgr mtivsi dri saudara,smangt sy utk mnjadi sperti saudara memuncak naik.sy ada mngamalkn ptua yg saudara bg.alhamdulillah,sumenyer ok!!sy adlah ank slung.so,sy hrus brikan yg terbaik utk ibubapa sy dan jga adk2 sy.

    trima ksih yg x trhingga wut saudara coz bg kmi saudara adlah sa2 dlm sjuta!!!doakn kmi agr brjaya mndpt straight satu A dlm SPM 2008,,k r,kmi doakn agr saudara berjaya dgn apa yg saudara impkan..assalamualaika..

    Rate this:
    2.5
  26. 26
    no imagejagindas91 (Check me out!) // August 27th, 2008 at 12:53 pm

    tahniah r sy ucpkn kt abg azali sbb da b’jye m’dpt kputusn yg cmerlang dlm exam..semoge success cokmo..sy ade ikuti ceramah motivasi yg abg wat kt maran pahang baru2 ni..sy sronok sgt..slps m’dgr ceramah abg, smngt sy utk bljr smkin b,kobar2..sy jdikn abg sbgai idola sy..doakn kejayaan sy yer…..assalamualaikum

    Rate this:
    2.5
  27. 27
    no imageresh (Check me out!) // August 30th, 2008 at 11:26 am

    Thaniah……..AZALIIIIIII….Semoga anda berjaya dlm kehidupan…anda……..

    Rate this:
    2.5
  28. 28
    no imageAben (Check me out!) // September 12th, 2008 at 2:02 pm

    Congratulations,abg azali!!! erm,sy terkejut bila abg dapt semua A..21 subjek pulak tu..mcm mane yak abg leh konkew..tahun ni..saya nak ambk pmr..takut r..lagi 30 hari jew nak g berperang..doakan sy ea..hehehe..

    Rate this:
    2.5
  29. 29
    no imageAben (Check me out!) // September 12th, 2008 at 2:02 pm

    tahniah……well done..

    Rate this:
    2.5
  30. 30
    no imageRealitinya (Check me out!) // October 13th, 2008 at 12:39 pm

    Boleh lah mak bapa die ckgu,mesti dpat soalan tertentu yg masuk spm.cuba cari peljar cemerlang spm tpi mak bapa dia bukan ckgu.contonya amalina che bakri,mak dia cikgu,fatimah mukthar mak die pun cikgu,kueik kua ren pun bapa die teacher,azali pulak kedua ibu bapa die ckgu

    Rate this:
    3.2
  31. 31
    no imagenawaljannahwaniaisyah (Check me out!) // October 16th, 2008 at 8:13 pm

    salam dan slmt sejahtera KAMI ucapkan.

    tahniah kepada akh azali,
    semua ni ketentuan tuhan,..

    bukan faktor parents sgt pun wahai REALITINYA..

    sebab bukannya parents diorang ade soalan bocor pun.
    usaha usaha usaha + tawakal= kejayaan..

    semoga akh azali mampu mengubah kepimpinan negara di masa akan datang dan ubah nasib bangsa dan agama :)

    adios amigos..

    Rate this:
    2.5
  32. 32
    no imageMiN_91 (Check me out!) // October 16th, 2008 at 10:07 pm

    tahniah..doakn kami berjaya spm 2008 ar..

    Rate this:
    2.5
  33. 33
    no imagedynn91 (Check me out!) // October 25th, 2008 at 3:41 pm

    TAHNIAH Abng Azali.. U are d best!!!!! Tuhan mmng mnghrgai stiap kesbrn & ketekunan abg Azali belajar… akan dijadikan semngt kpd saya dalam SPM08 nie..

    Rate this:
    2.5
  34. 34
    no imagemie (Check me out!) // November 23rd, 2008 at 9:02 am

    tahun 2006,seorng budak dr johor pada mulanya diberitakan mendapat 19A1 tp pd akhirnya hnya 14A1 dan pada tahun tersebut diumumkan yang tiada pelajar diiktiraf pelajar cemerlang kerana ramai terdapat pelajar cemerlang pd thn tsbt.sdgkn wjd srg pljr yg berasal dr sebuah negeri di pantai timur berjaya mendapat 17A1 dan 1A2.nasib pelajar ini sungguh malang kerana tidak dpt pengiktirafan dr kerajaan kerana ia merupakan pelajar YIK,tp negara kita pernah juga mengatakn si cerdik pnfi ia2 sufiah adlh kebanggaan malaysia krn berjaya mnjdi genius dlm matematik sdgkn kewarganegaraannya menjadi persolan.andai kata kerajaan negeri terbabit berda di pihak kerajaan.akan diumumkan secara besar-besaran.

    walau pepun.syabas kpd pelajar yg berjaya membanggakan nma negara

    Rate this:
    2.5
  35. 35
    no imageeqa (Check me out!) // November 23rd, 2008 at 9:02 pm

    salam..you’re the best..eqa selalu baca artikel tntg abg azali.ia mmbuatkan eqa respect habis kat abg azali ae.tahun depan eqa nak pmr.teringin nak capai 8A dan banggakan sekolah serta ibubapa.eqa pn mcm abg juga, belajar ikut hati.slalu juga hati ni terdetik nak blajar tapi bila da buka buku,rasa malas la pula nak teruskan study.macam mane nak atasi masalah ni?tolong ye.

    Rate this:
    2.5
  36. 36
    no imageanba (Check me out!) // November 26th, 2008 at 7:57 pm

    you are really crazy and multitalented.well done

    Rate this:
    2.5
  37. 37
    no imageanba (Check me out!) // November 26th, 2008 at 8:04 pm

    are you good in drawing?

    Rate this:
    2.5
  38. 38
    no imageayep (Check me out!) // December 1st, 2008 at 8:17 pm

    abang azali is the best.thn dpn i will take upsr.how 2 succes and go 2 asrama

    Rate this:
    2.5

Leave a Comment

Readers who viewed this page, also viewed: