Monday, May 05, 2008

Anugerah Industri Muzik 15

Penyanyi yang cukup kontroversi ketika ini, Faizal Tahir 'mengungguli' Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) apabila dia berjaya memenangi empat kategori pada acara berprestij itu yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, pada 3 Mei 2008 lalu.

Menerusi album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu, Faizal merangkul empat anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik.

Manakala penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk kali yang kesembilan, setelah tewas di tangan Jaclyn Victor pada tahun lalu.

Siti juga turut memenangi anugerah Album Pop Terbaik menerusi albumnya, Hadiah Daripada Hati dan sebuah lagunya berjudul Cintamu turut memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia).

Senarai penuh pemenang pada AIM 15 yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor ialah

  • Anugerah Kembara : Pop Shuvit
  • Anugerah Wirama : Fauzi Marzuki
  • Album Terbaik : Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Lagu Terbaik : Izinku Pergi (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak/Kaer Azami)
  • Album Pop Terbaik : Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza)
  • Album Rock Terbaik : Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Album Nasyid Terbaik : Maulana (Rabbani)
  • Album Pop Etnik Terbaik : Melodi Ahlaan (Waheeda)
  • Album Inggeris Tempatan Terbaik : Eclecticism (Melissa Indot)
  • Artis Baru Terbaik : Faizal Tahir
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) : Faizal Tahir (Aku.Muzik.Kamu)
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) : Datuk Siti Nurhaliza (Hadiah Daripada Hati)
  • Artis Harapan : Suki
  • Album Cina Tempatan Terbaik : Here I Come (Andrew Tan)
  • Album India Tempatan Terbaik : Martin Zamigano Kanmani (Martin Zamigano)
  • Video Muzik Terbaik : Sangkar (Sean Chan/Atilia)
  • Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara : Terlalu Cinta (Rossa)
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) : Cintamu (Nai Kong/Datuk Siti Nurhaliza)
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) : Last Breath (Hafiz Hamidun)
  • Kulit Album Terbaik : After 8 (Jenny Sun)
  • Rakaman Album Terbaik : After 8 (Nick Lee/JD Wong dan Illegal)

Info menarik mengenai AIM15
  • AIM15 disiarkan secara langsung di ntv7, menyediakan 22 kategori, termasuk dua kategori khas iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama.
  • Datuk Siti Nurhaliza menerima pencalonan paling banyak dalam AIM15. Penyanyi ini menerima pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita), Kulit Album Terbaik dan Album Pop Terbaik. Tiga lagu nyanyian Siti Nurhaliza iaitu Sekian Lama, Cintaku dan Hati masing-masing dicalonkan dalam kategori Susunan Lagu Terbaik (Wanita). Dua lagi lagunya iaitu Sekian Lama dan Hati pula dicalonkan sebagai Lagu Terbaik.
  • Faizal Tahir pula menjadi penyanyi lelaki yang menerima pencalonan paling banyak. Faizal yang mempertaruhkan album Aku, Muzik, Kamu dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki), Kejuruteraan Album Terbaik, Album Rock Terbaik, Gubahan Muzik Terbaik (Bukan Bahasa Malaysia) dan Lagu Terbaik menerusi lagu Mahakarya Cinta.
  • Kategori vokal terbaik wanita menyaksikan persaingan antara Siti Nurhaliza, Atilia, Dayang Nurfaizah, Elyana dan Karen Kong.
  • Bagi kategori vokal terbaik Lelaki pula menyenaraikan Sohaimi Mior Hassan, Faizal Tahir, Aliff Aziz, Hazami dan Kaer Azami.
  • Hanya dua album saja dicalonkan untuk kategori Etnik Pop Terbaik iaitu album Jatuh Cinta Pandang Pertama dari Azfar, dan Meodi Ahlaan dari Waheeda.
  • Kategori Album Nasyid Terbaik pula mencalonkan tiga album iaitu Al-Asr...Moment daripada Mu’adz, Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun) dan Maulana (Rabbani).
  • Calon bagi Lagu Terbaik sepanjang tahun 2007 ialah lagu Menanti Pasti nyanyian Siti Nurhaliza, Mahakarya Cinta (Faizal Tahir), Sekian Lama (Siti Nurhaliza), Izinku Pergi (Kaer Azami) dan Itu Kamu (Estranged).
  • Lagu Terbaik Izinku Pergi sebelum ini memenangi kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22. Kaer kini berada di Jakarta, sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang pentadbiran perniagaan.
  • AIM 15 dipancarkan secara langsung oleh stesen televisyen rasmi, ntv7 pada jam 9 malam dan dapat didengarkan secara langsung melalui stesen radio rasmi Hotfm dan Flyfm.
  • Turut menyelitkan acara permaidani ‘biru’ untuk artis dan selebriti yang diundang, bergaya sakan dengan penampilan mewah dan bercita rasa tinggi yang dikendalikan oleh Awal Ashaari, 26 dan Kartini Kamarul Ariffin (Tini), 30.
  • Di antara artis yang membuat persembahan adalah seperti Anuar Zain, Atilia, Boomerangx, Dafi, Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Estranged, Faizal Tahir, Fiq, Hazami, Karen Kong, Mawi, Pop Shuvit dan Suki.
  • Setiap persembahan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional diketuai Pengarah Muzik, Aubrey Suwito.
  • Di antara barisan artis yang diberi peluang dan penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang pada malam kemuncak AIM15 adalah Alif Aziz, Anne (Hot fm), Ben (Fly fm), Daniel Lee, Datin Julie Sudiro, Diddy, Dr Fazley, Elyana, Farawahida, Kartini ( Hot fm), Pete Teo, Sean Ghazi, Shebby Singh dan Sohaimi Mior Hassan.
  • Datuk Siti Nurhaliza tidak membenarkan trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) berada lama di tangan penyanyi wanita lain apabila merampas kembali takhta itu tahun ini. Siti yang sebelum ini pernah memenangi kategori itu lapan kali berturut-turut sebelum dirampas Jaclyn Victor, tahun lalu.

Technorati Tags: , , , ,

1 comments:

N said...

www.xoxonicolelin.com