Para pelajar lepasan SPM 2008 boleh mula menyemak tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2009 mulai 6 Mei 2009. Makluman ini tersiar di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelas tingkatan 6 bawah tahun ini dijangka akan bermula pada 11 Mei 2009. Oleh itu mereka yang terpilih diminta untuk mencetak surat tawaran masing-masing dan membawanya semasa mendaftar nanti.








