Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi Disember 2009 / Januari 2010 akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat. Pengambilan bagi sesi Disember 2009 / Januari 2010 ini diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut.








